FMT Reporters
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor untuk meluluskan ubah suai bangunan.
Sumber berkata, suapan itu sebagai balasan untuk mempercepat dan meluluskan permohonan pengubahsuaian bangunan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan PBT di Selangor.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2024 dan meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM20,000.
“Transaksi tersebut juga dipercayai dimasukkan melalui akaun peribadinya daripada kontraktor-kontraktor yang terlibat,” kata sumber itu.
Katanya, suspek lelaki yang berusia 40-an ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Menurutnya, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (A) (B) Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan