"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pembantu penguasa kastam didakwa 90 pertuduhan terima rasuah lebih RM80,000

Harapandaily

Seorang pembantu penguasa kastam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini selepas didakwa atas 90 pertuduhan menerima rasuah sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh didakwa menerima RM84,800 daripada sebuah syarikat pengangkutan kargo dalam tempoh enam tahun bermula 2017 hingga 2023.

Ahmad Emin Nazrul Ahmad Nazrin, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Dazuki Ali.

Prosiding mengambil masa sejam bermula 10 pagi untuk kesemua pertuduhan selesai dibacakan, menurut laporan Sinar Harian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri suapan antara RM50 hingga RM4,100 daripada pemilik syarikat pengangkutan terbabit bermula 20 Mei 2017 hingga 3 September 2023.

Suapan diterima secara beransur-ansur melalui 90 transaksi dalam talian ke akaun bank miliknya, sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori milik syarikat yang membawa keluar barang dari kargo KLIA.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjarakan selama tempoh maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu, jika suapan itu boleh dinilai atau bersifat kewangan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tiada ulasan: