"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dosa terampun kalau Pas menang pilihan raya? Inilah Khwarij

Harapandaily

AHMAD MURSI

Kata Tuan Ibrahim, apabila Islam menang dalam pilihan raya, dosa terdahulu akan diampunkan.

Maka dibawa contoh apabila Pas menang maka dihapuskan judi. Tapi dia lupa kerajaan Tebok Atap PN-Pas naikkan cabutan judi.

Artikel “Dosa terampun dengan sebab kemenangan Islam” itu telah dipadam oleh Harakahdaily. Erorr 404. Hanya ada dalam index google.

Pas gagal bukan ‘hapus’, tapi gagal untuk ‘buat’. Semasa jadi kerajaan makan gaji buta.

Kebanyakan inisiatif berkaitan Islam di Malaysia BUKAN Pas yang buat.

Mahkamah Syariah, Bank Islam, Universiti Islam, SMK Agama, KAFA dan lain-lain, terbaru perkenal Hadith 40 di sekolah.

Hal ini disebabkan Islam di mata Pas hanya hudud. Pembangunan, basmi kemiskinan pula bukan hal Islam sebab itu sengaja dilambatkan. Jika anggap Islam menang hanya bila Pas menang, maka itulah Khawarij.

Kerana nanti dianggap kerajaan selain Pas itu bukanlah Islam. Maka lahirlah Ghuluw dan Takfiri.

Sekian banyak kerajaan Madani lakukan demi kebaikan Islam, Pas tetap anggap Islam belum menang.

Sebab itu pengikut Pas sanggup lakukan dosa besar seperti Qazaf demi kononnya memenangkan Islam.

Saidina Osman dan Saidina Ali BUKAN dibunuh oleh Musyrikin Quraish, atau orang Kafir atau orang Munafik.

Mereka syahid dibunuh oleh Khawarij yang anggap diri mereka berjuang demi Islam.

Tiada ulasan: