"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maknanya penyeludup lebih cerdik dari penguatkuasa la, tak gitu?

Kastam jumpa lori sarat dengan rokok seludup dalam semak

Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my
WAN Jamal Abdul Salam (dua kanan) menunjukkan sebahagian rampasan 860,000 batang rokok bernilai RM236,500 di dalam sebuah lori ketika serbuan di Kampung Dalam, Tumpat dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM, Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
WAN Jamal Abdul Salam (dua kanan) menunjukkan sebahagian rampasan 860,000 batang rokok bernilai RM236,500 di dalam sebuah lori ketika serbuan di Kampung Dalam, Tumpat dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM, Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rantau Panjang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 860,000 batang rokok bernilai RM236,500 yang ditemukan dalam lori dipakir di kawasan terpencil di Kampung Dalam, Tumpat dekat sini, Ahad lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata kesemua rokok dengan nilai cukai RM577,060 itu ditemukan hasil pemeriksaan pada jam 6.30 pagi ke atas sebuah lori yang diparkir di dalam kawasan semak itu.

Katanya, penyeludup menggunakan modus operandi meninggalkan lori di kawasan terpencil sebelum dipercayai dibawa oleh sindiket lain untuk dijual di pasaran tempatan.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada rokok terbabit dibawa masuk melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok atau dari luar Kelantan sebelum dibawa ke lokasi serbuan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM Cawangan Rantau Panjang di sini, hari ini.

Wan Jamal berkata, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti pemilik lori yang disita itu.

"JKDM sentiasa menjalankan operasi bagi membanteras jenayah penyeludupan terutama membabitkan jajahan bersempadan dengan negara jiran, tambahan pula penyeludup mempunyai banyak strategi untuk meloloskan diri daripada pihak berkuasa," katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan seperti rokok, minuman keras, mercun atau dadah boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau ke pejabat JKDM berdekatan.

Tiada ulasan: