KOSMO
Pelanggaran berlaku ketika enam pesawat sedang membuat persembahan. – X
LISBON – Seorang juruterbang terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas dua pesawat ringan bertembung ketika melakukan pertunjukan udara di selatan Portugal semalam, lapor portal berita MailOnline.
Insiden berlaku di sebuah pangkalan udara di bandar Beja, semasa enam pesawat milik sebuah pasukan aerobatik dikenali sebagai Yak Stars membuat persembahan.
Tentera Udara Portugal (PAF) dalam satu kenyataan berkata, sebuah pesawat melanggar sebuah kapal terbang lain sebelum terhempas dan meletup serta membunuh juruterbang warga Sepanyol.
Pesawat kedua yang terlibat dalam nahas itu berjaya mendarat di lapangan terbang dengan selamat. Tiada pengunjung cedera dalam nahas itu.
“PAF dengan rasa dukacita memaklumkan bahawa pada pukul 4.05 petang (waktu tempatan) ketika Pertunjukan Udara Beja, dua pesawat terlibat dalam nahas semasa demonstrasi udara yang disertai oleh enam pesawat,” kata PAF.
PAF membatalkan festival udara terbesar Portugal tersebut sejurus kejadian berlaku.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Portugal, Nuno Melo menyifatkan nahas tersebut sebagai ‘kemalangan tragis’ dan memberitahu pemberita bahawa siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca keadian. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan