"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru besar, guru ditangkap berdua-duaan oleh suami

KOSMO!

JAKARTA –  Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Sumenep, wilayah Jawa Timur ditangkap sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya  yang juga merupakan seorang guru, lapor laman berita Kompas semalam.

Perbuatan  mereka kemudian dilaporkan kepada polis oleh suami guru wanita itu sendiri.

Menurut si suami dikenali sebagai Beni, isterinya, SR sering pulang lewat dari sekolah, menyebabkan dia berasa curiga.

Pada Jumaat lalu, dia melihat SR pergi ke sebuah rumah kosong milik kakak iparnya sebelum seorang lelaki kemudian didapati menuju ke rumah yang sama.

“Dengan mata saya sendiri, saya melihat mereka berdua-duaan di dalam bilik,” katanya.

Beni kemudian melaporkan perkara itu kepada polis atas dakwaan bersekedudukan.

“Isteri saya dan kekasihnya itu, kedua-dua mereka sudah berkeluarga. Apatah lagi mereka berdua ialah guru yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar,” ujar Beni.

SR merupakan guru besar sebuah sekolah rendah berstatus sekolah pintar (SDN), manakala guru lelaki yang ditangkap  ialah guru dari sebuah sekolah rendah berbeza. – AGENSI 

Tiada ulasan: