"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Tentera dan isteri maut kereta terbabas di Gua Musang

Bernama

GUA MUSANG: Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di KM43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan pada 9.35 pagi itu dikenali sebagai Ridwan Effendy Yusof, 43, dan isteri Suhana Khairudin, 37.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ridwan Effendy dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Gua Musang.

Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh tembok longkang tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu, suami isteri berkenaan tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Sik berkata, kedua-dua anak pasangan tersebut dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat, Insp Aida di talian 012-4027283 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: