"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM siasat pegawai kanan GLC pelaburan hartanah Bumiputera

Jason Thomas

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan siasatan terhadap sebuah syarikat pelaburan hartanah berkaitan kerajaan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan ‘seorang pegawai kanan’.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman berkata pegawai dari Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) tersebut didakwa menikmati ratusan ribu ringgit dalam bentuk manfaat dengan menyalahgunakan kedudukannya.

Azmi berkata bahawa individu tersebut didakwa menyebabkan PHB membelanjakan lebih daripada apa yang sepatutnya untuk manfaat tersebut.

“Pegawai itu didakwa menipu syarikat untuk memberikan (manfaat) yang melebihi daripada apa yang layak dia diterima,” katanya kepada FMT, sambil menambah SPRM menerima maklumat awam mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kes tersebut belum lagi menjadi satu siasatan rasmi, tetapi hanyalah proses ‘siasatan awal’.

Pegawai SPRM juga ‘melawat’ ibu pejabat PHB untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima, dan mereka merampas beberapa fail selepas berada di sana selama tiga jam.

Azmi berkata bahawa SPRM perlu mengesahkan beberapa perkara sebelum memutuskan sama ada untuk memanggil pegawai kanan tersebut dan pegawai lain untuk disoal siasat.

“Jika kami dapati terdapat kes, maka kami akan terus ke langkah seterusnya.”

Ditubuhkan pada 2006, PHB adalah anak syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Syarikat ini ditubuhkan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan aset hartanah komersial utama di negara ini.

Tiada ulasan: