"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukang rumah putus kaki tangan dirempuh 'budak' universiti

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
KEADAAN motosikal yang terputus dua dan kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Bukit Hantu, Rembia. FOTO Ihsan IPD Alor Gajah
KEADAAN motosikal yang terputus dua dan kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Bukit Hantu, Rembia. FOTO Ihsan IPD Alor Gajah
Alor Gajah: Seorang tukang rumah maut dalam keadaan mengerikan apabila tangan dan kakinya putus sejurus motosikal dinaiki dirempuh kereta di Jalan Bukit Hantu, Rembia, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam tadi, pasangan terbabit, S R Muthusamy, 67, maut di tempat kejadian manakala dan isterinya, S Manomani, 57, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah (HAG).

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, nahas berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari arah Lendu menghala ke Alor Gajah untuk pulang ke rumah di Taman Wira Mas, Lubok China.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga dinaiki dua penuntut Universiti Awam memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung motosikal mangsa.

"Akibat kemalangan itu, penunggang, Muthusamy disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala, kaki dan tangan, manakala isterinya pekerja kilang telur disahkan meninggal dunia di HAG semasa menerima rawatan," katanya.

Ashari berkata, pemandu kereta berusia 20 tahun itu cedera dan dirawat di Zon Hijau HAG, manakala penumpang berusia 22 tahun tidak cedera.

"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan ke Unit Forensik HAG untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Tiada ulasan: