Shahrin Aizat Noorshahrizam
Pengiring Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didakwa menyerang pemandu e-hailing yang pekak terkait dengan pasukan polis, kata peguam N Surendran.
"Ia adalah petunjuk (polis) yang telah diberikan kepada kami, tetapi pengesahan identiti dan semua itu, saya fikir kita perlu menyerahkannya kepada polis.
"Mereka sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai perkara itu, tetapi itulah petunjuk yang diberikan (polis)," katanya yang mewakili Ong.
Surendran memberitahu media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini selepas mangsa serangan Ong Ing Keong, 46 tahun, diambil keterangan selama lebih empat jam.
Surendran bersama penasihat Lawyers For Liberty, Latheefa Koya, Ong dan seorang jurubahasa tiba di Bukit Aman sekitar jam 10:45 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan