"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dalil PRK Sungai Bakap dah keluar tapi kena ‘padam’ pula

Harapandaily

Pas dilihat sudah mengeluarkan dalil menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa-dosa golongan terdahulu diampunkan seperti dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yang memetik sirah kemenangan Rasulullah SAW berkata, keampunan Ilahi disebabkan berlakunya perubahan kepada pentadbiran yang menghapuskan maksiat yang telah dibenarkan oleh pentadbiran terdahulu.

“Allah SWT menjelaskan kemenangan Islam tujuan pertama dan besar ialah kerana Allah SWT nak ampun dosa yang dulu dan dosa yang kemudian.

“Dengan kemenangan Islam kita boleh betulkan dasar yang tak betul, kemungkaran yang dibenarkan zaman dulu, contohnya perjudian,” katanya, dipetik Harakahdaily, semalam.

Namun, semakan terhadap tajuk laporan berita itu, “Dosa terampun dengan sebab kemenangan Islam” mendapati ia tidak lagi dapat diakses dipercayai telah dipadam.

Tiada ulasan: