"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki disyaki tikam mati bapa saudara

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan disyaki menikam mati bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki, dekat Kuching, malam tadi.

Ketua Polis Padawan Mohd Irwan Hafiz, berkata suspek berusia 27 tahun itu diberkas sekitar 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut Astro Awani, mangsa berusia 55 tahun didakwa terlibat dalam pertengkaran dengan suspek, sebelum lelaki itu menggunakan senjata tajam dipercayai gunting menikam bahagian dada mangsa.

Mangsa dilapor maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pagi ini bagi melengkapkan siasatan dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan: