"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sayap Jabatan Amal PAS sarung pakaian mirip PDRM

Pas sarung pakaian mirip PDRM
Harapandaily

Pas melalui sayap Jabatan Amal parti itu mendapat kecaman orang ramai lantaran menyarung pakaian mirip penguatkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi TikTok Jabatan Amal Malaysia Selangor sekumpulan lelaki memakai vest seakan-akan menyerupai seragam PDRM.

Rata-rata menyindir ahli dan penyokong Pas yang dilihat berangan mahu jadi anggota keselamatan.

“Kembang kuncup muka dapat pakai serupa polis. Cara jalan pun kemain eksen macam polis.

“Tengah sebarkan dakyah Aloha ke tu.

“Angan-angan nak jadi polis tapi tak dapat. Jadi guard jaga parking unit amal pun jadilah,” demikian antara komentar warganet di TikTok Jabatan Amal Malaysia Selangor.

Tiada ulasan: