"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mati ditikam guna gunting lepas tegur buat bising

CHERINE JON

PADAWAN – PADAWAN – Gara-gara menegur sepupunya kerana membuat bising, nyawa seorang lelaki melayang selepas ditikam pemuda itu dengan menggunakan gunting dalam kejadian di Jalan Haji Baki, di sini.

Mangsa yang berusia 55 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Pada­wan, Superintendan Mohd. Irwan Hafiz Md. Radzi berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.50 malam tadi.

Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan dan Bahagian Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dikejarkan ke lokasi untuk menyiasat kes tersebut.

“Setiba di lokasi, kami mendapati seorang lelaki terbaring dengan badannya berlumuran darah.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menegur suspek supaya jangan membuat bising,” katanya yang dihubungi hari ini.

Mohd. Irwan berkata, selepas menegur suspek, berlaku pergelutan antara mereka sebelum lelaki itu bertindak menikam mangsa di dada dengan gunting.

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek berusia 27 tahun tidak jauh dari lokasi kejadian. Lelaki itu direman sehingga 10 Jun ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: