"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Pemuda Pas disaran menghadap bekas YDPA

Harapandaily

Pemuda AMANAH Nasional mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi, yang mempersoalkan tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Muktamar Pemuda parti pembangkang tersebut baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Danial Al-Rashid menegaskan bahawa Afnan tidak wajar terus membawa isu berkenaan apabila ia jelas menunjukkan sikap tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima pengampunan diraja yang bukan sahaja membebaskan beliau daripada hukuman penjara, tetapi juga membersihkan namanya daripada segala tuduhan.

“Ini adalah hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan keputusan tersebut seharusnya dihormati oleh semua pihak, termasuk Pemuda Pas.

“Tindakan Afnan untuk terus mempersoalkan isu ini tidak berasas, lebih-lebih lagi apabila keputusan pengampunan diraja jelas menunjukkan Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes tersebut.

“Jika Afnan masih tidak berpuas hati, saya menyarankan agar beliau menghadap mantan Yang di-Pertuan Agong sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keputusan pengampunan tersebut,” tegas Danial menerusi kenyataan hari ini.

Afnan mempersoalkan tentang kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Temerloh sempena Muktamar Pas ke-70 minggu lalu.

Mengulas lanjut, Danial yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga berkata, pemimpin muda Pas itu harus lebih menghargai proses undang-undang dan keputusan yang dibuat oleh institusi negara, termasuk keputusan pengampunan diraja, daripada terus membangkitkan isu-isu yang tidak lagi relevan.

“Kalaupun tidak mahu membaca sejarah lepas bagaimana pemimpin-pemimpin Pas sendiri bersolidariti dengan Anwar Ibrahiim pada 1998, bacalah sejarah Jun 2018 apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dengan pengampunan diraja. Buta sejarah!

“Mendesak seorang pemimpin meletakkan jawatan adalah perkara biasa dalam politik, namun apabila isu yang telah diselesaikan di peringkat tertinggi negara seperti pengampunan diraja terus dipersoalkan, ia menunjukkan sikap yang tidak matang dan tidak menghormati institusi negara,” tegas Danial lagi.

Tiada ulasan: