"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ikat wang kertas lebih RM160 di kepala

KOSMO!
SEKEPING duit SG$50 diikat pada kepala seorang lelaki. - Foto Singapore Incidents/Facebook
SINGAPURA – Gambar seorang lelaki warga emas sedang duduk di dalam sebuah bas di Singapura dengan wang kertas SG$50 (RM162) diikat di kepalanya menjadi tular di media sosial, lapor portal berita MSN News baru-baru ini.

Foto yang disiarkan di laman Facebook Singapore Incidents pada Sabtu lepas itu merekodkan lebih 1,300 perkongsian.

Terdapat beberapa keping wang kertas lain, kemungkinan denominasi SG$10 (RM32) di bawah wang SG$50 itu.

Ramai netizen mengulas tentang mengapa dia mengikat duit tersebut dengan getah.

Sebilangan mereka berkata, ia adalah cara untuk mengubati sakit kepala atau penyakit lain.

Sesetengah netizen mendakwa bahawa lelaki itu meletakkan wang di kepalanya kerana tertekan oleh pengumuman kenaikan tambang bas.

Seorang netizen lain pula berkata, lelaki tersebut memikirkan tentang wang.

Namun, terdapat juga netizen yang menulis bahawa lelaki tersebut telah memenangi loteri. – AGENSI

Tiada ulasan: