"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis rampas ratusan buku ajaran Al-Arqam, gambar Ashaari

Bernama

Sebahagian buku itu ditemui ditanam di tepi sungai dan ada dibakar untuk menghapuskan bukti.
Sebahagian buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam yang ditemui ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman anggota GISBH di Kota Bharu. (Gambar Bernama) 
KUALA LUMPUR: Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) di beberapa negeri hari ini, menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.

Di Kelantan, puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan organisasi itu dikesan ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman kumpulan itu di Kampung Panji, Kota Bharu selain ada yang dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti selain mengelak daripada dirampas pihak berkuasa.

Bukti tersebut diperoleh menerusi serbuan di sebuah penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di kampung itu yang menempatkan tiga buah rumah dipercayai dihuni 30 orang termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak.

Di Melaka pula, ratusan buku dan barangan berkaitan ajaran sesat itu turut ditemukan dalam serbuan dilakukan ke atas 19 premis berkaitan GISB termasuk 12 keping gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, 138 buku berkaitan Al-Arqam dan jadual Zikir Aurad Muhammadiyah.

Sementara itu Op Global hari ini memasuki fasa keempat dengan gerak gempur bagi mengesan saki baki anggota kumpulan yang mengeksploitasi kanak-kanak dan agama itu diperhebat hampir di seluruh negeri di Semenanjung.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata hasil serbuan di 82 premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan GISBH, polis menahan seramai 155 orang serta menyelamatkan mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH dan 588 mangsa berjaya diselamatkan.

Tiada ulasan: