KOSMO!
BRADSWAW (dalam kenderaan) melarikan Porshe di Toronto. - Foto Polis Wilayah Peel
TORONTO, Kanada – Seorang wanita dirakam dalam klip video berpura-pura berminat membeli sebuah Porsche Cayenne tetapi kemudian melarikan kenderaan mewah tersebut selepas mengunci pintu dan melanggar pemilik asalnya, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Rakaman menunjukkan dia menekan loceng kediaman mangsa dan berpura-pura mahu membeli kenderaan tersebut yang telah disenaraikan di laman menjual kenderaan, Autotrader, demikian menurut Polis Wilayah Peel di Kanada.
Wanita itu kemudian masuk ke tempat duduk pemandu dan mengunci pintu kenderaan sebelum melanggar mangsa dan melarikan diri, kata polis.
Mangsa memberitahu saluran televisyen CTV News Toronto bahawa dia cedera pada siku, tangan dan kakinya serta memerlukan rawatan perubatan.
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sarah Bradshaw dari Ontario bagaimanapun menyerah diri kepada polis tidak lama kemudian.
Sarah didakwa atas empat kesalahan berkaitan insiden itu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan