KOSMO!
SEORANG lelaki (tengah) disyaki membakar isterinya. - Foto Polis Kota Langsa
BANDA ACEH – Seorang suami berusia 47 tahun disyaki membakar isterinya di rumah mereka di Kota Langsa dalam wilayah Aceh, lapor portal berita kontras Aceh hari ini.
Mangsa meninggal dunia semasa mendapat rawatan di sebuah hospital tempatan.
Ketua polis setempat, Sumasdion berkata, suspek pada awalnya melakukan kekerasan terhadap mangsa dengan memukulnya sambil memegang sebilah parang pada pukul 8 pagi (waktu tempatan).
Beberapa jam kemudian, si suami mengarahkan anak perempuannya membeli petrol dengan alasan ingin digunakan di tempat kerja.
“Ketika minyak itu tiba, suspek langsung menarik isterinya ke belakang rumah, menyiram tubuh mangsa dengan petrol, lalu melemparkan batang mancis menyala dan membakar mangsa,” kata Sumasdiono dalam satu wawancara telefon.
Dia disyaki melakukan perbuatan itu selepas mengetahui isterinya sering berhutang tanpa pengetahuannya.
Sumasdiono berkata, suspek telah ditangkap dan kes itu masih dalam proses siasatan. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan