"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya mai nak bantu, kenapa kunci pintu waktu pejabat

Harapandaily

Aktivis politik Zamil Ibrahim mempersoalkan kewibawaan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpalit dengan kes menantu yang menghilang

Ini ditambah dengan tindakan Muhyiddin yang bertentangan dengan slogan PN – Bersih dan Stabil.

“Saya datang sini kerana kalau boleh nak jumpa ahli parlimen Pagoh yang juga mantan perdana Menteri kelapan yang hari ini banyak menyusahkan pihak berkuasa Malaysia iaitu SPRM dan Polis DiRaja Malaysia tentang menantu dia.

“Saya difahamkan ahli parlimen Pas pun dah fed up dengan Muhyiddin Yassin sebab istilah slogan Perikatan Nasional BEST – Bersih dan Stabil.

“Bersih mai kot mana Muhyiddin Yassin? Menantu hang lari entah ke mana, menyusahkan SPRM yang nak ambil, nak siasat selesai kes.

“Jangan lagi guna Bersih, Stabil.

“Muhyiddin Yassin sendiri bersih ke? Stabil mai kut mana? Waktu kamu perdana Menteri, stabilkah Malaysia? Malah keluarga anak cucu kamu stabil mai kut mana?

“Menantu kamu lari entah ke mana. Hari ini saya datang, kunci. Saya nak cakap macam mana?

“Kalau anak menantu panggil, bagi tahu Zamil Ibrahim kirim salam. Bagi tahu juga SPRM kirim salam.

“Panggil balik. Sebagai mantan PM, tak malukah? Mungkin dia boleh bantu kes kamu.”

Tiada ulasan: