"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasangan suami isteri ditahan, didakwa dera anak 3 tahun

Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar hantaran tular di media sosial mengenai kanak-kanak didera di HEBHK. FOTO tular
TANGKAP layar hantaran tular di media sosial mengenai kanak-kanak didera di HEBHK. FOTO tular
Kluang: Pasangan suami dan isteri ditahan, hari ini, selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an ditahan di pekarangan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini, jam 1.50 pagi.

"Penahanan itu dibuat polis selepas menerima laporan daripada doktor di wad kecemasan, lebih kurang 9.50 malam semalam, memaklumkan menerima pesakit kanak-kanak disyaki didera kerana beberapa kecederaan pada badan.

"Semakan mendapati pasangan suami isteri tiada rekod kesalahan lampau, selain hasil saringan ujian air kencing didapati negatif," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, pasangan suami isteri itu direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiada ulasan: