"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rangka bayi ditemui berhampiran Lebuhraya Rawang Bypass

Bernama

KUALA LUMPUR: Rangka manusia dipercayai bayi yang baru dilahirkan ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit, katanya dalam kenyataan.

Asri juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: