"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami isteri antara 5 ditahan samun, pukul pekerja, pemilik bengkel

Bernama

BALIK PULAU: Lima termasuk sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata semua suspek berumur 23 hingga 55 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar Taman Nelayan, dengan empat telefon bimbit pelbagai jenama dirampas selepas pemilik bengkel terbabit membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar.

“Berdasarkan laporan, ketika kejadian, pengadu (pemilik bengkel) bersama dua pekerjanya berada di bengkel didatangi enam lelaki, sebelum seorang daripadanya menampar dan memukul pekerja pengadu menggunakan besi sehingga mengakibatkan kecederaan pada kepala, keting kanan serta luka di bahagian belakang.

Suspek dikatakan berang kerana seorang pekerja pengadu sering ke rumah hanya ingin memberitahu motosikal suspek siap dipasang, katanya di sini.

Beliau berkata, pengadu mendakwa turut dipukul ketika cuba meleraikan pergaduhan sehingga menyebabkan dia luka di kiri kening, kepala dan rusuk kiri, selain suspek mengambil gelang perak milik pengadu serta rantai emas pekerjanya.

Semua suspek direman lima hari hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: