"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KPN: 'Jangan terpedaya helah usaha kumpul dana bantu anak-anak ahli GISBH'

Safeek Affendy Razali
safeek@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan helah pihak tidak bertanggungjawab mengumpul dana bagi membantu anak-anak ahli GISB Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu dikesan dalam paparan yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook.

"Paparan ini dimuat naik pemilik akaun Dzulkifli Salleh di https://www.facebook.com/profile.php?id=61566503936325 dalam pautan di akaun Facebook Meru & Bukit Kapar Komuniti.

"Ianya dibuat bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak ahli GISBH yang terkesan akibat isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razarudin berkata, tindakan mengumpul dana ini dipercayai cubaan untuk mengambil kesempatan atas isu yang sedang berlaku.

Tiada ulasan: