"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki disyaki penjenayah dikehendaki maut ditembak

FMT Reporters

Beberapa lagi suspek ditahan polis.

Penjenayah yang menaiki sebuah MPV dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis.
PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki penjenayah maut ditembak dalam kejadian di Kampung Baru Kundang, Rawang, pagi ini.

Ketika kejadian kira-kira 2 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu yang juga penjenayah dikehendaki.

Dalam kejadian itu, mereka yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipercayai enggan memberhentikannya dan melepaskan tembakan ke arah polis, lapor Harian Metro.

Difahamkan, polis melepaskan tembakan balas dan mengenai seorang suspek, manakala beberapa suspek lagi berjaya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan menerusi sidang media atau kenyataan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan: