"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Treler sarat dengan muatan jentera berat terjatuh ke dalam sungai

Utusan Borneo Online 
Tangkap layar rakaman video yang tular, treler terbabit kelihatan cuba menaiki feri namun gagal dan akhirnya terjatuh ke dalam sungai.
Tangkap layar rakaman video yang tular, treler terbabit kelihatan cuba menaiki feri namun gagal dan akhirnya terjatuh ke dalam sungai.- Gambar tangkap layar Video SCM Borneo Tuckers
MERADONG: Sebuah treler sarat dengan muatan jentera berat terjatuh ke dalam sungai ketika cuba menaiki sebuah feri di sini hari ini.

Menerusi rakaman video yang tular, treler terbabit kelihatan cuba menaiki feri namun gagal dan akhirnya terjatuh ke dalam sungai.

Pemandu dan kelindan treler bagaimanapun sempat keluar menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi mengesahkan kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

Katanya, setakat ini belum ada laporan rasmi dibuat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 

 oleh 
Andy Sabang

Tiada ulasan: