"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buruh paksa GISBH: 10 lagi laporan polis dari mangsa

10 lagi laporan polis dari mangsa eksploitasi buruh paksa GISBH, ada kes berlaku 2013

Harapandaily

Sebanyak 10 lagi laporan polis daripada individu yang dipercayai pernah menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa melibatkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain,⁠mangsa-mangsa yang terlibat berumur dalam lingkungan 14 sehingga 20-an pada tarikh kejadian.

“Lokasi kejadian berlaku di Miri (Sarawak), Rawang (Selangor) dan Alor Setar (Kedah)

“Tarikh kejadian berlaku dari tahun 2013 hingga 2024,” katanya, memetic Astro Awani.

Dalam masa sama, Razarudin turut meminta individu pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan bagi membolehkan siasatan dilengkapkan secara tuntas serta menyeluruh.

Pada 21 September lalu, polis menahan seramai 200 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH termasuk pemimpin utama pertubuhan ajaran sesat itu menerusi Op Global.

Ia termasuk 14 individu bersama 17 orang memegang jawatan di organisasi berkenaan yang ditahan sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah (sempadan Malaysia-Thailand), sejak minggu lalu.

Tiada ulasan: