"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita warga emas maut kereta dipandu terbabas dalam sungai

Asrol Awang
bhnews@bh.com.my
Proton Saga dinaiki pasangan warga emas yang terbabas ke dalam sungai di Jambatan balok Makmur, menyebabkan seorang maut. - Foto ihsan JBPM Pahang
Proton Saga dinaiki pasangan warga emas yang terbabas ke dalam sungai di Jambatan balok Makmur, menyebabkan seorang maut. - Foto ihsan JBPM Pahang
KUANTAN: Seorang wanita warga emas maut, selepas kereta dinaiki bersama suaminya terbabas ke dalam sungai di Jambatan Balok Makmur, Seberang Balok, di sini pagi ini.

Mangsa, Paridah Dollah, 67, dari Taman Inderapura di Jerantut meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, manakala suaminya, 66, terselamat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati kereta Proton Saga dinaiki pasangan itu dari arah Balok Makmur menuju Seberang Balok, sebelum tiba-tiba terbabas masuk ke dalam sungai.

"Wanita yang juga pemandu kenderaan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk menerima rawatan lanjut kerana sesak nafas," katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: