"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas sedia tolak Bersatu untuk kerjasama dengan Umno

Harapandaily

Ahli Parlimen Parit Buntar dari Pas, Mohd Misbahul Munir Bin Masduki berkata, Pas sedia menolak Bersatu bagi membolehkan parti itu bekerjasama dengan Umno.

Dalam satu video yang kini tular di media sosial, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berkata, parti itu rela menolak Bersatu untuk membolehkan parti itu bekerjasama dengan Umno.

“Kita sanggup tolak PN, tolak Bersatu pun tak apa sebab Umno bagi syarat untuk berkawan dengan Pas dengan syarat Pas tolak Bersatu,” kata Misbah yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam video yang tular itu.

Video itu dipercayai dipetik dari ceramah beliau dalam satu kempen untuk Perikatan Nasional (PN).
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Menurutnya, keputusan itu ekoran pengalaman bekerjasama dengan parti tersebut sebelum ini yang menyaksikan banyak keputusan bersama di antara kedua-dua parti dikhianati Pas.

“Pas ini membohong dari dulu sampai sekarang. Saya ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang. Sewaktu berdepan kita setuju, tetapi esok tukar, tidak setuju.

“Jangan percayalah, selagi orang itu jadi presiden. Jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak Julai lalu.

Ahmad Zahid mengakui bahawa rakan-rakan dari parti Pakatan Harapan (PH) ikhlas bekerjasama sama ada di dalam kerajaan mahupun gerak kerja politik.

Tiada ulasan: