"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja dibunuh dalam pergaduhan

BERNAMA

Sungai Petani: Seorang pekerja kontrak warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan tikaman dan tetakan pada badannya di tapak projek perumahan di Bandar Puteri Jaya dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an itu dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan.

"Mangsa ditikam pada bahagian rusuk kiri dan ditetak di lengan kiri menyebabkannya mengalami cedera parah.

"Pergaduhan dipercayai bukan disebabkan mabuk kerana tiada botol arak di lokasi kejadian. Mangsa dibunuh di dalam sebuah rumah dan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang juga saksi kejadian menghilangkan diri dan sedang diburu bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tiada ulasan: