"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak dua tahun ditemukan trauma, menggeletar di sisi mayat ibu

Agensi
ORANG ramai berkumpul di luar rumah lokasi empat maut dalam kejadian tembakan di Khon Kaen. FOTO Agensi
ORANG ramai berkumpul di luar rumah lokasi empat maut dalam kejadian tembakan di Khon Kaen. FOTO Agensi
Bangkok: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bukan menembak mati bekas isterinya, ibu mentua dan saudara perempuannya, malah dia turut membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Khampom, Phon Phek di daerah Khon Kaen pada Sabtu.

Bangkok Post melaporkan, lebih malang tragedi itu disaksikan anak perempuan suspek yang baru berusia dua tahun.

Polis dan pasukan penyelamat menemukan mayat wanita, Jaruayporn Faengrit, 50, yang mati dalam keadaan terbaring di atas katil dengan dua kesan tembakan di badan.

Di sebelah mayat wanita itu terbaring jasad anak perempuannya Khalita Faengrit, 28, dengan dua kesan tembakan di kepala.

Mayat suspek, Noppadol Unthasee, 55, iaitu bekas suami Khalita pula ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan tembakan di mulut.

Satu lagi mayat dikenal pasti sebagai Phonphiphat Thongyot, 18, ditemukan di dalam bilik air dengan dua kesan tembakan di kepala.

Polis percaya tembakan itu bermotifkan cemburu selepas Noppadol mengetahui bekas isterinya mempunyai hubungan dengan orang lain.

Ketika pihak berkuasa tiba, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun iaitu anak Noppadol dan Khalita, ditemui dalam keadaan trauma dan menggeletar kerana terkejut, masih di sisi mayat ibunya.

Khalita mempunyai dua anak daripada perkahwinan terdahulu sebelum dia berkahwin dengan Noppadol.

Dia mempunyai seorang anak perempuan dengan Noppadol yang tinggal di Nong Khai yang mana bekas suaminya memiliki sebuah resort di pesisir Sungai Mekong.
-hmetro

Tiada ulasan: