FMT Reporters
Kejadian membabitkan sebuah rumah di Taman Muhibbah 2, Sitiawan, awal pagi tadi.
Menurut bomba, mangsa ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumah, manakala tujuh lagi penghuni terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. (Gambar JBPM Perak)
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Muhibbah 2, Sitiawan, awal pagi tadi.
Difahamkan, mangsa maut dikenali sebagai Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan BBP Seri Manjung ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.44 pagi.
Katanya, kejadian itu menyebabkan rumah teres satu tingkat yang didiami musnah 60%.
“Seorang lelaki ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumah, manakala tujuh lagi mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kebakaran berjaya dipadamkan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Operasi disertai 18 anggota bomba itu ditamatkan 5.16 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan