"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PMX: ‘Tak guna saya jadi PM kalau kompromi isu GISBH’

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berkompromi berhubung isu salah laku membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk mengeksploitasi kanak-kanak.

Beliau berkata kerajaan pentadbirannya tidak akan mengalah dengan gerakan organisasi itu yang kegiatannya telah dibongkar oleh pihak berkuasa sehingga membawa penahanan pimpinannya untuk siasatan.

Soal Global Ikhwan saya nekad dan tidak akan mengalah, kalau itu (isu GISBH) nak kena kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri, katanya dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani malam ini.

Tegas Anwar, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan walaupun kumpulan itu sering mendakwa memperjuangan serta menegak soal Islam.

“Mentaliti kita, soal akhlak dan nilai itu jadi kebelakang. Walaupun (seorang) pensyarah dan cakap mengenai Islam (sampai) berbuih mulut, tapi kita tetap akan ambil tindakan (sekiranya terbabit) rasuah (atau) Global Ikhwan (GISBH).

Itu akan ditentang, katanya.

Sebelum ini media melaporkan GISBH disiasat kerana mengeksploitasi kanak-kanak melalui penubuhan rumah amal serta kebajikan bagi tujuan kutipan derma.

Menerusi Op Global dilancarkan sejak 11 Sept lalu, polis menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja disyaki menjadi mangsa eksploitasi syarikat itu dalam serbuan di rumah kebajikan dikaitkannya di beberapa negeri termasuk Selangor dan Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: