Malaysiakini
Israel sedang menyiasat kemungkinan Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar sudah meninggal dunia susulan serangan roket yang menyasarkan sebuah sekolah di Gaza.
CNBC yang memetik The Times of Israel melaporkan Sinwar berkemungkinan terbunuh dalam serangan di Gaza, namun tiada bukti mencukupi untuk mengesahkan perkara itu.
“Di Israel mereka sedang menyiasat kemungkinan bahawa Haya Sanwar tidak lagi hidup. Kemungkinan itu ditimbul oleh pakar berhubung kawasan Palestin walaupun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan itu,” kata wartawan Ben Caspit.
Menurutnya, pemimpin yang beroperasi di Gaza itu didakwa tidak dapat dihubungi untuk jangka masa agak lama.
Bagaimanapun, agensi Shin Bet percaya pemimpin kumpulan pejuang berkenaan masih hidup.
Beberapa laporan memetik sumber berkata, Yahya pernah hilang sementara daripada radar dan kemudian muncul semula untuk mengeluarkan mesej berkaitan rundingan perjanjian gencatan senjata atau isu lain.
Pegawai keselamatan mendakwa, kemungkinan berita kematian Sinwar sekadar spekulasi tanpa asas sebenar.
Haaretz melaporkan, beberapa bulan kebelakangan ini, Israel mengebom terowong di kawasan disyaki tempat persembunyian Yahya.
Namun, tiada petunjuk jelas beliau terkena serangan dan mungkin sengaja menjaga profilnya.
Sejak serangan 7 Oktober, tahun lalu, Israel membunuh Ketua Sayap Tentera Kumpulan Hamas, Muhammad Deif dan Ketua Briged Khan Younis, Rafa’a Salameh dalam serangan udara di Gaza, Julai lalu.
Selain itu, Pemimpin Kanan Hamas, Saleh al-Arouri juga terbunuh dalam serangan dron di Beirut pada Januari lalu.
Yahya dan abangnya, Muhammad adalah antara individu yang diburu Israel sehingga hari ini.
Beberapa laporan menyelidik sistem perantara rumit dan rahsia serta nota tulisan tangan yang didakwa digunakan oleh Sinwar untuk berkomunikasi dari tempat persembunyiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan