"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Doktor' ditangkap kerana tawar khidmat besarkan alat sulit

Agensi

Bangkok: Seorang lelaki Samut Sakhon yang menyediakan rawatan pembesaran alat sulit selama 20 tahun walaupun tidak mempunyai latihan perubatan ditahan selepas salah seorang pelanggannya mengalami jangkitan teruk, lapor Bangkok Post.

Kittikorn Songsri, 36, ditahan dalam operasi pada Khamis di rumah tempat dia menyediakan suntikan silikon dan 'implan mutiara', di Tambon Om Noi daerah Krathum Baen.

Suspek memberitahu pegawai penguat kuasa bahawa dia hanya berpendidikan Gred 9 tetapi mula mengajar dirinya cara melakukan implan itu ketika berusia 14 tahun, kata Komander Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD), Witthaya Sriprasertparb


Penahanan itu berikutan aduan bahawa Kittikorn menyediakan pembedahan 'implan mutiara', pembesaran silikon dan suntikan 'filler' untuk pembesaran alat sulit lelaki dan ia diiklankan menerusi Facebook.

Seorang pelanggan lelaki melaporkan mengalami jangkitan teruk selepas dia menerima suntikan silikon. Walaupun selepas menerima rawatan, dia masih mengalami kesakitan dan tidak dapat ereksi, katanya.

CPPD bekerjasama dengan pegawai dari Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan, mengatur pegawai untuk menyamar sebagai pelanggan bagi menghubungi suspek.

Apabila 'penyamar' tiba di rumah Kittikorn, pegawai menyerbu premis itu untuk menangkapnya.

Semasa disoal siasat, Kittikorn mengakui dia bukan seorang doktor dan tidak mempunyai lesen pengamal perubatan.

Kittikorn mengakui menyediakan perkhidmatan implan dan pembesaran alat sulit itu selama kira-kira 20 tahun, dan mengenakan bayaran antara AS$151 dan AS$606 (kira-kira RM634 dan RM2,500).

CPPD kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: