"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Lelaki mengaku miliki video tidak senonoh, curi baju dalam

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

Marang: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki video tidak senonoh dan mencuri baju dalam milik seorang wanita.

Tertuduh, Muhammad Qabil Razali, 28, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret ZurAzureen Zainalkefli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan rakaman video mangsa yang berusia 37 tahun dalam keadaan tidak senonoh di dalam simpanan galeri telefon bimbit.

Dia turut didakwa menyimpan harta curi iaitu empat pasang baju dalam milik mangsa yang dilaporkan hilang sebagaimana laporan yang dibuat di Marang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi di Marang pada 17 September lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 411 KK berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Tuan Norhasnida Tuan Nordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Tiada ulasan: