"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amah cedera dipukul dengan tukul, seterika panas

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Ampang: Dipukul dengan tukul, pengepit besi dan seterika panas sehingga cedera di tangan serta kaki.

Itu nasib malang menimpa pembantu rumah warga Indonesia yang didera dua majikannya selepas didakwa malas dan sering lupa membuat kerja rumah yang diarahkan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 25 tahun pada 13 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa dicederakan oleh majikan yang juga ibu dan anak berusia 40 serta 61 tahun menggunakan tukul, pengepit besi selain seterika panas.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan kiri serta kaki di bahagian kanan dan kiri sebelum berjaya keluar dari rumah bagi mendapatkan pertolongan orang awam.

"Motif kejadian disebabkan majikan menuduh mangsa malas dan tidak berpuas hati apabila dia sering lupa membuat kerja rumah sebagaimana yang diarahkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, susulan itu, suspek ditahan di kediaman mereka pada keesokkan hari.

"Mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan: