"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: 580 kenderaan asing ulang alik isi minyak disyaki seleweng bahan api

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sebanyak 580 kenderaan asing disyaki berulang alik mengisi minyak melebihi sekali, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand sejak 25 Sept, menurut risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata aktiviti penyelewengan dipercayai dijalankan kecil-kecilan sama ada secara individu.

Beliau tidak menolak kewujudan sindiket menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan bagi tujuan itu.

“Modus operandi mereka membuat pembelian menggunakan tong kecil dan ada beberapa kenderaan disyaki mempunyai tangki tambahan.

“Kawasan pengumpulan dikenal pasti adalah di kawasan kampung jauh daripada perhatian awam,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah risikan itu dibuat di enam stesen minyak berhampiran sempadan Kedah-Thailand.

Katanya, pihaknya juga berjaya menyita 1,300 liter petrol dianggar bernilai RM2,865, selain 4,200 liter diesel dianggar bernilai RM12,390.

“Turut disita dua kenderaan dan peralatan pemindahan minyak dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM37,015.”

Tiada ulasan: