"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil polis

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung suatu insiden pertengkaran membabitkan orang awam di sini, semalam.

Dalam video yang tular di media sosial, dikatakan berlaku perselisihan faham antara pegawai terbabit dan orang awam di kawasan berdekatan tapak pasar malam di Jalan Pegawai.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan pihaknya menerima dua laporan daripada dua lelaki berusia 48 dan 54 tahun berhubung kejadian.

Katanya, laporan pertama diterima pada 1.25 pagi hari ini, manakala laporan kedua menyusul pada 10.58 pagi.

"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semalam, sekitar jam 11.50 malam di daerah ini.

"Berdasarkan rakaman video itu mendapati beberapa individu bertengkar mulut dengan seorang lelaki duduk di tempat pemandu kenderaan.

"Berikutan itu, dua kertas siasatan berasingan dibuka bersangkut kejadian ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Siti Nor Salawati berkata, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, manakala laporan kedua mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihak yang terbabit sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan orang ramai dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Tiada ulasan: