"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib mohon maaf kecurangan dalam 1MDB, akui terluka

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat dan mengakui terluka dengan kecurangan berlaku dalam syarikat 1MDB.

Dalam kenyataan dibacakan anaknya, Nizar, perdana menteri keenam itu mengaku beliau amat terluka setelah mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasannya.

“Sebagai (bekas) menteri kewangan dan perdana menteri, tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Hukuman itu bagi kes salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Nizar membaca kenyataan mewakili Najib Razak yang memohon maaf kepada rakyat berhubung salah laku dalam 1MDB.
Namun Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Feb lalu bersetuju untuk memendekkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun dan denda dikurangkan separuh.

Mahkamah Tinggi hari ini selesai mendengar hujahan sama ada Najib perlu membela diri terhadap 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa ke atas dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Bekas presiden Umno itu turut menjelaskan beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan selepas merasa curiga dengan perkara berlaku dalam 1MDB.

“Saya telah pun dihukum atas tanggungjawab yang telah saya pikul walaupun dengan jelas saya bukanlah dalang kepada skandal 1MDB dan tidak pernah sekalipun bersekongkol dengan Jho Low.

“Saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang. Saya masih lagi terkejut dengan mendalam apabila mengetahui kini kepincangan, perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan serta pelanggaran undang-undang berlaku di 1MDB.

“Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB. Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau sengaja benarkan adalah tidak adil kepada saya,” katanya.

“Saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah.”

Tiada ulasan: