"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang mati, 49 lagi cirit dan muntah kerana makan burger McDonald’s

Gempar seorang mati makan burger McDonald’s, 49 lagi cirit dan muntah
Harapandaily

Amerika Syarikat (AS) digemparkan dengan kes hamburger Quarter Pounder McDonald’s yang meragut satu nyawa manakala puluhan lagi jatuh sakit termasuk diserang cirit-birit dan muntah.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) semalam dilapor berkata, kes akibat jangkitan E. coli itu direkodkan muncul di 10 negeri dengan kebanyakan kes dilaporkan di Colorado dan Nebraska.

Lapor Reuters memetik CDC, semua mangsa yang ditemu bual mengaku telah menjamah McDonald’s sebelum menderita penyakit itu dengan kebanyakannya makan hamburger Quarter Pounder.

Pasukan penyiasat mengesyaki bawang segar yang dihiris halus dan daging lembu segar dikaitkan dengan serangan penyakit itu.

Tiada ulasan: