"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaji guru Pasti masih RM600 ke? Kesian gaji minimum sudah RM 1,700 la

‘Gaji minimum naik pun guru Pasti cuma dapat RM600’ – Pemuda Pas disindir

SITI NUR ZAWANI

Pemuda Pas Malaysia mengundang kecaman ramai selepas memuat naik satu hantaran Facebook mengenai kadar gaji minimum yang dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700.

Hantaran ringkas itu tertulis “RM1,700 beban kepada majikan? Cuba komen”.

Tidak pasti adakah hantaran itu menyokong kenaikan kadar gaji minimum atau sebaliknya.

Bagaimanapun pengguna media sosial mentafsir hantaran itu sebagai cubaan memihak kepada majikan berbanding pekerja di bawah.

Mereka tidak berpuas hati kerana Pas sebelum ini pernah membangkitkan isu gaji minimum yang dianggap tidak mencukupi ketika kerajaan sudah menaikkkannya kepada RM1,500.

‘Posting’ lama bertarikh 30 November 2023 turut tular kembali. Pada hantaran itu, Pemuda Pas mempersoalkan adakah gaji RM1,500 sudah cukup memenuhi kos sara hidup semasa.

Hantaran lama itu menyebut “dalam pandangan Islam, kadar gaji minimum adalah apabila dapat memenuhi kadar keperluan (makanan, pakaian, tempat tinggal  perubatan dan pendidikan)”.

Pengguna mempertikai pendirian Pas termasuk isu gaji guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dibayar jauh daripada kadar gaji minimum.

“Kalau (gaji minimum) RM2000 sekalipun guru Pasti tetap dapat elaun RM600. Tak payah nak bising-bising,” kata pengguna Facebook.

“Harap kawan-kawan saya yang bekerja dekat Pasti pun merasa kenaikan. Bukan sekadar kerja amal,” kata yang lain.

Isu gaji guru-guru Pasti yang dibayar secara tidak berpatutan bukan satu rahsia lagi. Ia dibincangkan dengan hangat oleh Ahli-Ahli Parlimen kerajaan termasuk pengguna media sosial.

Menteri juga mencari jalan memastikan Pas mematuhi peraturan, dengan beberapa cadangan supaya menggunakan Akta Kerja 1955 (Akta 265) sebagai mekanisme penyelesaian isu gaji minimum guru Pasti.

Ramai beranggapan isu guru Pasti ini menjadikan Pas sebagai pihak yang paling tidak layak untuk membicarakan soal gaji minimum.

Dengan hantaran terbaru ini yang menimbulkan kemarahan ramai, membuatkan Pas tidak boleh bercakap banyak tentang kos sara hidup rakyat.

Tiada ulasan: