"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat 5 mangsa bot regata karam ditemukan pagi ini

Bernama

Mayat kelima-lima mangsa yang terlibat dalam insiden bot regata karam semasa sesi latihan di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa di Kuching pada Jumaat lepas telah ditemukan pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan kesemua mangsa ditemukan secara berperingkat antara pukul 6.16 pagi hingga 7.09 pagi tadi.

"Kelima-lima mangsa telah dijumpai dan kini menunggu pengesahan daripada pihak polis serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Dua mangsa ditemukan pada pukul 6.16 pagi, satu lagi pada 6.40 pagi, Sarawak Coastguard menemui seorang lagi pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir ditemukan pada 7.09 pagi dengan bantuan dron," katanya.

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23; dan Mohamad Khairul Bidin, 26.

Tiada ulasan: