"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guna telefon bimbit semasa sesi perbahasan: Ahli Parlimen Hulu Selangor disekolahkan oleh Timbalan Speaker

K PRAGALATH

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) disekolahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor kerana didakwa menggunakan telefon bimbit semasa sesi perbahasan RUU Perbekalan 2025 hari ini.

“Yang Berhormat Hulu Selangor, mustahak ke nak bercakap, sampai sini saya dengar.

“Bini telefon ke? Kalau agak mustahak sangat, di luar sana (sambil menunjukkan ke luar dewan),” katanya.

Hasnizan didakwa berbual menerusi telefon bimbit dengan nada tinggi ketika Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sedang berbahas.

Sesi perbahasan diteruskan oleh Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) selepas itu.

Tiada ulasan: