"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kurang ajar: Pegawai MB Kedah didakwa kasari peniaga, laporan polis dibuat

Harapandaily

Pegawai khas Menteri Besar Kedah didakwa mengasari wakil peniaga di tapak Pasar Malam Jalan Pegawai, Alor Setar menjelang lewat malam tadi.

Menerusi rakaman video yang tular, Salmy Anas dilihat berada dalam sebuah kereta ketika dihampiri beberapa individu termasuk peniaga yang dikasari.

Salah seorang daripadanya memekik,”Jangan buat kurang ajar dengan aku. Ini Kawasan aku.”

Walau bagaimanapun, pegawai khas MB yang digelar “cikgu” berkenaan dilihat enggan keluar dari kereta dan mengambil sikap tidak membalas serangan mulut tersebut.

Dia juga tidak mengaku berbuat demikian dan cuba untuk menutup pintu kereta sebelum dihalang dan terus diasak kumpulan terbabit.

Sebelum rakaman berakhir, kedengaran lelaki yang dilihat berperanan sebagai orang tengah itu bertanyakan tentang saksi ada atau tidak.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada mana-mana pihak.

Tiada ulasan: