"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Pakistan maut ditikam

Bernama

GEORGE TOWN: Lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam seorang lelaki disyaki warga tempatan dalam kejadian di Pulau Tikus, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Lee Swee Sake, berkata kejadian berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang parah dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dibawa ke klinik swasta tersebut oleh rakannya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 6 petang tadi dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca insiden berlaku.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Tiada ulasan: