"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bantu kesan Khairul Amir hilang sejak 11 Okt

BERNAMA
KHAIRUL Amir Ismail dilapor hilang sejak 11 Okt. FOTO Ihsan IPD Bentong.
KHAIRUL Amir Ismail dilapor hilang sejak 11 Okt. FOTO Ihsan IPD Bentong.
Kuantan: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 Okt lalu di Taman Saga, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail, 24, pada 3.43 petang Isnin.

Beliau berkata, lelaki itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dengan berat lebih kurang 60 kilogram dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja T berkolar (corak berbelang coklat putih) dan berseluar panjang warna hitam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah lbu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222.

Tiada ulasan: