"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja maut jatuh gondola di tingkat 8

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Pekerja warga asing maut terjatuh dari tingkat lapan ketika melompat keluar dari kelengkapan akses sementara (gondola) di sebuah bangunan dalam pembinaan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dilapor mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan berkata pegawai penyiasat JKKP ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja kontraktor kerja mengecat dan 'plaster' di tapak pembinaan itu.

"Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Susulan insiden itu notis pemberhentian serta merta ke atas penggunaan gondola di tapak pembinaan terbabit dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Majikan juga diarahkan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada JKPP Pulau Pinang.

"Adalah menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

"JKKP Pulau Pinang memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor selain sentiasa komited bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini," katanya.

Tiada ulasan: