"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyamun 'lalok' acu parang pada juruwang diberkas

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

Ampang: Cubaan seorang penyamun bersenjatakan parang merompak kedai serbaneka 24 jam di Kampung Melayu, di sini, awal pagi hari ini dipatahkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, ketika kejadian suspek berusia 39 tahun disyaki berada di bawah pengaruh dadah.

Menurutnya, lelaki tempatan itu cuba merompak seorang pekerja kedai serbaneka dengan mengacukan sebilah parang ke arah mangsa.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 51 tahun sedang bekerja di kaunter didatangi suspek berbaju biru gelap.

"Suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang serta mengumpil mesin juruwang menggunakan parang berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, secara kebetulan seorang awam iaitu lelaki tempatan ternampak kejadian itu lalu berlaku pergelutan antara mereka ketika cuba menghalang suspek.

Katanya, sebuah kereta peronda polis (MPV) dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan pada 5.31 pagi dan anggota bertugas mendapati suspek sudah berjaya diberkas orang awam.

"Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod dadah manakala hasil ujian air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan (samun bersenjata)," katanya.

Tiada ulasan: