"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Sepang buru kumpulan samun berparang warga asing

Bernama

Dalam dua kejadian berasingan di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi menyaksikan mangsa dan ahli keluarga diikat.

Pemangku Ketua Polis Sepang Shan Gopal Krishnan, berkata kumpulan itu dipercayai sasar rumah berhampiran kawasan hutan. (Gambar fail)
SEPANG: Polis sedang mengesan sekumpulan warga asing dipercayai melakukan samun bersenjata di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, pada 6 dan 20 Okt.

Pemangku Ketua Polis Sepang Shan Gopal Krishnan, berkata dalam kejadian berasingan itu, mangsa serta ahli keluarga telah diikat selepas rumah mereka dipecah masuk masing-masing pada 6 Okt 3.30 pagi dan 1.30 pagi 20 Okt, sebelum barangan peribadi dilarikan termasuk wang tunai, barang kemas, dan jam tangan.

“Suspek dipercayai warganegara asing yang bergerak secara kumpulan tiga hingga empat orang melakukan samun menggunakan senjata parang, mengenakan baju berwarna gelap, dan bertopeng.

“Suspek juga menyasarkan rumah yang berhampiran dengan kawasan hutan,” katanya dalam kenyataan.

Shan Gopal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat iaitu Thaqib Zulkafli di talian 013-2185758 atau IPD Sepang di talian 03-87774222.

Tiada ulasan: